Google Fit:Penjejakan Aktiviti untuk Android

Google Fit:Penjejakan Aktiviti

Google LLC

versi 2024.09.26.02.arm64-v8a.release

Ingin menjaga kesihatan anda? Benarkan Google Fit bantu anda mencapai matlamat.

Muat Turun 261.6 M
Ads

Nilai ini

Keputusan Imbasan Antivirus & Keselamatan

Tarikh Imbasan: Oct 10, 2024 Versi Perisian: 2024.09.26.02.arm64-v8a.release
Status: ✅ Dipercayai & Selamat untuk dipasang Aplikasi ini ditandatangani oleh Google LLC dengan tandatangan digital yang dipercayai dan disahkan dan ia akan dikemas kini pada pemasangan Google Fit:Penjejakan Aktiviti yang sedia ada Cap Jari Sijil: 24bb24c05e47e0aefa68a58a766179d9b613a600 Pengeluar: C:US, CN:Unknown, L:Mountain View, O:Google, Inc, ST:CA, OU:Google, Inc Bagaimana kami mengesahkan keselamatan fail APK
Antivirus Android Status
K7GW Bersih ✅
DrWeb Bersih ✅
VirIT Bersih ✅
ClamAV Bersih ✅
Google Bersih ✅
Ikarus Bersih ✅
Lionic Bersih ✅
Sophos Bersih ✅
Yandex Bersih ✅
Alibaba Bersih ✅
Tencent Bersih ✅
Xcitium Bersih ✅
Fortinet Bersih ✅
Kingsoft Bersih ✅
Symantec Bersih ✅
AhnLab-V3 Bersih ✅
Kaspersky Bersih ✅
Microsoft Bersih ✅
Trustlook Bersih ✅
ESET-NOD32 Bersih ✅
Avast-Mobile Bersih ✅
NANO-Antivirus Bersih ✅
BitDefenderFalx Bersih ✅

Google Fit:Penjejakan Aktiviti Latihan dan Bersenam aplikasi untuk Android deskripsi

Jalani kehidupan lebih sihat dan lebih aktif dengan Google Fit baharu!
Sukar untuk mengetahui jumlah dan jenis aktiviti yang anda perlukan untuk kekal sihat. Itulah sebabnya Google Fit bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persatuan Jantung Amerika (AHA) untuk membawakan Mata Kardio, iaitu matlamat aktiviti yang dapat membantu anda meningkatkan kesihatan.
Aktiviti yang dapat mengepam jantung anda lebih kuat memberikan manfaat kesihatan yang luar biasa untuk jantung dan minda anda. Anda akan memperoleh satu Mata Kardio untuk setiap minit aktiviti sederhana seperti mempercepat langkah apabila anda berjalan dan dua mata untuk aktiviti lebih berat seperti berlari. Anda hanya perlu berjalan pantas selama 30 minit untuk lima hari dalam seminggu bagi mencapai jumlah aktiviti fizikal yang disyorkan oleh AHA dan WHO yang terbukti dapat mengurangkan risiko sakit jantung, meningkatkan kualiti tidur dan meningkatkan kesejahteraan mental secara keseluruhan.
Google Fit juga akan membantu anda:
MENJEJAK SENAMAN ANDA DARIPADA TELEFON ATAU JAM TANGAN ANDA
Mendapatkan cerapan segera apabila anda bersenam dan lihat statistik masa nyata untuk aktiviti larian, berjalan kaki dan berbasikal anda. Fit akan menggunakan penderia telefon Android atau penderia kadar denyut jantung jam tangan pintar Wear OS by Google untuk merekodkan kelajuan, langkah, laluan dan pelbagai lagi.
PANTAU MATLAMAT ANDA
Lihat kemajuan harian anda berhubung Mata Kardio dan matlamat Langkah. Adakah anda mencapai matlamat anda sepanjang masa? Laraskan matlamat anda dengan mudah untuk terus mencabar diri mendapatkan jantung dan minda yang sihat.
JADIKAN SEMUA PERGERAKAN ANDA DIAMBIL KIRA
Jika anda berjalan, berlari atau berbasikal sepanjang hari, telefon Android atau jam tangan pintar Wear OS by Google anda akan mengesan dan menambahkan aktiviti secara automatik pada jurnal Google Fit anda untuk memastikan anda mendapat kredit bagi setiap pergerakan. Mahu kredit tambahan? Naikkan tempo berjalan anda dengan memulakan senaman jalan berkadar dan melangkah mengikut rentak. Suka jenis senaman yang berbeza? Pilih daripada senarai aktiviti seperti pilates, mendayung atau berputar dan Google Fit akan menjejaki semua Mata Kardio yang anda peroleh.
HUBUNGKAN DENGAN APL DAN PERANTI KEGEMARAN ANDA
Fit boleh menunjukkan maklumat kepada anda daripada pelbagai apl dan peranti kegemaran anda untuk memberikan pandangan holistik tentang kesihatan anda supaya anda tidak akan kehilangan jejak kemajuan anda. Apl dan peranti ini termasuk Lifesum, Wear OS by Google, Nike+, Runkeeper, Strava, MyFitnessPal, Basis, Sleep as Android, Withings, gelang Xiaomi Mi dan pelbagai lagi.
DAFTAR MASUK PADA BILA-BILA MASA, DARI MANA-MANA SAHAJA
Lihat gambar sejarah aktiviti anda pada Google Fit dan apl bersepadu anda dalam jurnal yang direka bentuk semula. Atau dapatkan gambaran keseluruhan dalam semak imbas. Anda boleh mencari semua data kesihatan dan kesejahteraan anda di sini.
MENGETAHUI PERKEMBANGAN KESIHATAN ANDA
Bernafas merupakan salah satu cara paling mudah untuk mengurangkan ketegangan dan melegakan tekanan. Dengan Fit, anda boleh memeriksa pernafasan anda dengan mudah —anda hanya memerlukan kamera telefon anda. Seperti kadar pernafasan, anda boleh mengukur kadar denyut jantung anda untuk memahami dengan lebih baik tentang kesejahteraan badan anda.
LIHAT STATISTIK HARIAN ANDA DENGAN SEKILAS PANDANG
Tambahkan widget pada skrin utama telefon Android anda atau sediakan jubin dan kerumitan pada jam tangan pintar Wear OS by Google anda.
Ketahui lebih lanjut tentang Google Fit dan lihat senarai apl yang disokong pada: www.google.com/fit


Apa yang baru dalam v2024.09.26.02.arm64-v8a.release


• Measure your heart rate and respiratory rate using just your phone camera (selected devices)
• Turn up the tempo of your walks with paced walking in Workouts
• Find all of your health and wellness data in the Browse tab
• Minor bug fixes and UI improvement


JUGA DIKENALI SEBAGAI

Google 健身:活动跟踪 apk Google Fit : suivi d'activité apk Google 피트니스: 활동 추적 apk Fit: Rastream. de atividades apk

Ads

Spesifikasi


Versi Lama

Google Fit:Penjejakan Aktiviti icon

2023.08.31.0 APK

September 22, 2023

Google Fit:Penjejakan Aktiviti icon

2023.08.03.0 APK

September 17, 2023

Google Fit:Penjejakan Aktiviti icon

2023.07.06.0 APK

August 12, 2023