K-9 Mail aplikasi untuk Android ulasan by AndroidFreeware
K-9 Mail ialah klien email sumber terbuka yang berfungsi dengan hampir setiap penyedia email.
Ciri-ciri
- menyokong pelbagai akaun
- Peti Masuk Bersatu
- mesra privasi (tiada penjejakan sama sekali, hanya menyambung kepada penyedia email anda)
- synchronisasi latar belakang automatik atau pemberitahuan push
- cari di sisi tempatan dan pelayan
- penyulitan email OpenPGP (PGP/MIME)
Pasang aplikasi OpenKeychain: Easy PGP untuk menyulitkan/menyah-sulitkan email anda menggunakan OpenPGP.
Sokongan
Jika anda menghadapi masalah dengan K-9 Mail, minta bantuan di forum sokongan kami.
Ingin membantu?
K-9 Mail adalah projek yang dibangunkan oleh komuniti. Jika anda berminat untuk membantu meningkatkan aplikasi ini, sila sertai kami! Anda boleh menemui pengesan pepijat, kod sumber, dan wiki kami di https://github.com/thundernest/k-9. Kami sentiasa gembira untuk menerima pemaju, pereka, pendokumentasi, penterjemah, pengurus pepijat dan rakan-rakan baru.












